序温淑惠《非华裔学生基础书法模块》

 凡求学读书者必须学写字,所以书原指作纪事的技艺,而法则包含笔法、笔势和笔意,意谓不仅书之有技、有物,还要有情有意。华文书法,常指的就是用毛笔写汉字的艺术。

教非母语学生学华文是一件艰难的工作。马来西亚华文小学非母语学生日愈增加,理论上应该用第二语言或其他语言的方法来处理。但在现实中,华小的课程是采用第一语言的设计,所以其教学法当然是第一语言的方法。
很多年前,我曾经想过用书法来带非母语学生学习华文,希望通过华文书法的美和书写过程的慢把非母语学生带入华文的语境,催化学习的效果。但是在现实中,似乎没有人愿意尝试这不容易的实验。
温淑惠老师这20多年就在一所非华裔生近百分百的乡区华文小学教华文,她即把书法教学当这是学习华文的方法之一,也用出外参加书法比赛作为鼓励学生学习华文的奖励。限制于课程纲要,她多用课余时间教学生写书法,而且是选有心和有潜能的学生来教,学生们常以能跟温老师学书法为荣。就这样,她以书法为饵,引诱孩子们亲近和学习华文。
累积这些经验,她编著了这本模块,盼望在技术上方便有心教和学书法者。她在书名上冠上“非华裔”,让人错觉难道华裔和非华裔学生学习书法的方式是不同?我认为这是她在技术上的谦虚,因为本模块是源自非华裔生的实践成果,同时冠上此三字,更具跨文化的意义。
我希望本模块能协助推动书法艺术,同时勉励基层实践者,通过书写、编著丰富化教学文库。
Barang siapa yang menuntut ilmu perlu belajar menulis. Oleh itu, pada asalnya “shu” (书) merujuk kepada kemahiran mencatat peristiwa, manakala “fa” (法) merangkumi kaedah dan gaya menulis serta penghayatan seni penulisan. Ini bermaksud kaligrafi bukan sahaja mempunyai aspek kemahiran dan bentuk, tetapi juga mengandungi perasaan serta makna yang mendalam. Kaligrafi Cina lazimnya merujuk kepada seni menulis aksara Cina menggunakan berus.
Mengajar bahasa Cina kepada murid bukan penutur jati merupakan satu tugas yang mencabar. Bilangan murid bukan penutur jati di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Malaysia semakin meningkat. Secara teorinya, pengajaran seharusnya menggunakan pendekatan bahasa kedua atau pendekatan bahasa asing. Namun dalam realiti, kurikulum SJKC direka berdasarkan konsep bahasa pertama, maka kaedah pengajarannya juga berasaskan pendekatan bahasa pertama.
Bertahun-tahun dahulu, saya pernah terfikir untuk menggunakan kaligrafi sebagai medium pembelajaran bahasa Cina bagi murid bukan penutur jati. Saya mengharapkan keindahan kaligrafi Cina dan proses penulisannya yang perlahan dapat membawa mereka menyelami konteks bahasa Cina serta meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Malangnya, dalam realiti, tidak ramai yang sanggup mencuba eksperimen yang mencabar ini.
Selama lebih dua puluh tahun, Cikgu Voon Suk Hui mengajar bahasa Cina di sebuah SJKC luar bandar yang hampir 100 peratus muridnya terdiri daripada kaum bukan Cina. Beliau menjadikan pengajaran kaligrafi sebagai salah satu kaedah pembelajaran bahasa Cina, dan pada masa yang sama menggunakan penyertaan dalam pertandingan kaligrafi sebagai ganjaran serta galakan kepada murid untuk mendekati bahasa Cina. Disebabkan kekangan kurikulum, beliau banyak menggunakan masa di luar waktu persekolahan untuk mengajar kaligrafi, khususnya kepada murid yang berminat dan berpotensi. Murid-murid sering berasa bangga apabila berpeluang belajar kaligrafi daripada beliau. Dengan cara ini, beliau menggunakan kaligrafi sebagai daya tarikan untuk mendekatkan kanak-kanak kepada bahasa Cina dan seterusnya mempelajarinya.
Berdasarkan pengalaman yang terkumpul tersebut, beliau telah menyusun modul ini dengan harapan dapat memudahkan mereka yang berminat mengajar dan mempelajari kaligrafi dari segi teknik dan amalan. Beliau meletakkan frasa “Kaum bukan Cina” pada judul modul ini, yang mungkin menimbulkan tanggapan bahawa cara pembelajaran kaligrafi bagi murid Cina dan bukan Cina adalah berbeza. Pada pandangan saya, ini mencerminkan sikap rendah diri beliau dari sudut akademik dan profesional, kerana modul ini lahir daripada hasil amalan bersama murid bukan kaum Cina. Pada masa yang sama, penggunaan frasa tersebut memberikan makna yang mendalam dari sudut silang budaya.
Saya berharap modul ini dapat membantu mempromosi dan memartabatkan seni kaligrafi Cina, di samping memberi inspirasi kepada para pendidik dan pengamal di peringkat akar umbi agar terus berkarya, menulis dan menghasilkan bahan ilmiah demi memperkayakan khazanah pedagogi dan pendidikan.

Comments

Popular posts from this blog

潮韵深深,乡情切切;韵深情切,潮乡行

唪呀唪、唪金公:上不了戏棚的潮州歌谣

鲁巴河流域的慈悲娘娘崇拜与其社会