Posts

Showing posts from December, 2022

1957,大家一起猛得革 (translation)

Image
  1957, bersama kita merdeka   “Tanpa kehidupan sebenar, seseorang tidak dapat menukilkan novel yang bermutu tinggi” – Fang Tian   Bangun keesokan harinya, aku terus mencari sebuah cerita berkenaan 1957. Demikianlah permulaan novel ini: Senja 8 Julai 2007, awam merah menyinari pepohon getah. Ah Heng, orang tua yang berusia hampir 90 tahun itu duduk di kaunter Kedai Runcit Zai Heng Kee, di pinggir sebuah kampung Melayu, di tangannya  ada sebatang pena mata bulat. Sambil membelek sebuah buku kredit berbalut kain biru, fikirannya melayang ke peristwa setengah abad lalu. Puas Ah Heng berfikir, sama ada Haji Ali dan Hamid Abdullah ada bertandang ke kedainya lagi setelah mereka berbual-bual tentang peristiwa penting pada 8 Mac 1956, kerana mereka berjanji akan datang lagi pada hari lain! Congaknya, adakah mereka ada datang lagi? Atau mereka datang dan hanya minum kopi atau air kelapa dan makan kuih nyiur tanpa meneruskan bicara tentang peristiwa penting itu. Dia telah lupa sega