1957,大家一起猛得革 (translation)

 1957, bersama kita merdeka

 

“Tanpa kehidupan sebenar, seseorang tidak dapat menukilkan novel yang bermutu tinggi”

– Fang Tian


 

Bangun keesokan harinya, aku terus mencari sebuah cerita berkenaan 1957.

Demikianlah permulaan novel ini:

Senja 8 Julai 2007, awam merah menyinari pepohon getah. Ah Heng, orang tua yang berusia hampir 90 tahun itu duduk di kaunter Kedai Runcit Zai Heng Kee, di pinggir sebuah kampung Melayu, di tangannya  ada sebatang pena mata bulat. Sambil membelek sebuah buku kredit berbalut kain biru, fikirannya melayang ke peristwa setengah abad lalu. Puas Ah Heng berfikir, sama ada Haji Ali dan Hamid Abdullah ada bertandang ke kedainya lagi setelah mereka berbual-bual tentang peristiwa penting pada 8 Mac 1956, kerana mereka berjanji akan datang lagi pada hari lain! Congaknya, adakah mereka ada datang lagi? Atau mereka datang dan hanya minum kopi atau air kelapa dan makan kuih nyiur tanpa meneruskan bicara tentang peristiwa penting itu. Dia telah lupa segala-galanya… Ingatannya pudar ditelan usia. Perisitiwa 50 tahun lalu, masakan diingati? Meskipun bukan ingatannya terpegun, tetapi selama setengah abad ini, tiada apa-apa yang telah berlaku, apatah lagi cerita dua orang Melayu bertandang ke kedai runcit Orang Cina di luar kampungnya untuk hirup kopi minum air kelapa dan makan kuih nyiur sambil membicarakan perkara yang sebegini mustahak.

Atau sebenarnya tiada apa-apa yang telah berlaku. Jika tidak, masakan setelah setengah abad, awam merah masih menyinari pepohon getah dan Pak Ah Heng masih duduk di kaunter kedainya dan memegang buku kredit berbalut kain biru itu? Yang berbeza ialah, pada 50 tahun yang lepas, Pak Ah Heng menggunakan berus Cina untuk mencatat di buku kredit, sambil memetik sempoa. Hari itu pada 50 tahun yang lepas telah direkodkan oleh seorang novelis Hong Kong pada epilog novelnya, bertarikh 8 Mac 1956.

Scenario pada 50 tahun yang lepas ialah, awam merah menyinari pepohon getah, Ah Heng memegang sebatang berus Cina, sambil memetik sempoa dan mencatat di buku kredit berbalut kain biru. Pada ketika itu, dua orang Melayu sedang berjalan di denai tanah kuning di sebelah kanan Kedai Zai Heng Kee. Pak Haji Ali bersongkok dan memakai baju putih tanpa kolar dengan kain pelikat biru muda. Hamid Abdullah, orang muda pula bermisai dengan baju merah berpetak dan kain sarung berwarna perang. Merdeka, Ah Heng! Merdeka, Tauke! Merdeka, Haji! Merdeka, Hamid!

Mereka berdua terus duduk di bangsal. Ah Feng, anak gadis Ah Heng terus menghidangkan kopi O. Ah Heng membina bangsal di bawah pokok berangan di hadapan kedainya, diletakkan dua buah meja panjang dan beberapa bangku panjang, gunanya untuk para pelanggan minum kopi,minum samsu bersama kuih-muih. Kedainya selain daripada menjual barang keperluan harian, juga menjual kopi dan makanan. Sebelah paginya, ada perempuan Melayu yang kirim berjual nasi berlaukkan ikan bilis dan kacang berbungkuskan daun pisang, petangnya ada pula cucur pisang. Ah Heng amat suka nasi berbalut daun pisang. Di sebalik daun pisang ada nasi putih berlaukkan seketul ikan kembung dengan kuah kari, cukup kepedasannya. Dia masih ingat, ibunya sentiasa membelikan nasi ini sebagai sarapan, apabila daun dibuka, nasinya masih hangat, wangi santan dan harum daun pisang menerjah hidung.

Mac 1956, setelah 2 bulan Tunku Abdul Rahman menaiki Kapal“Asia”ke London untuk perundingan perlembagaan. Setahun sebelum itu, pada Julai 1955, Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC telah memenangi pilihanraya umum Malaya.Ekoran itu, British bercadang menyerahkan pemerintahan jajahan ini kepada putera hasil perkahwinan campur dari Kedah yang pernah belajar di Britian tersebut. Juga pada penghujung tahun tersebut, selepas Hari Natal, Tunku telah bertandang ke Baling, sebuah pekan kecil di utara Semananjung untuk berunding dengan Parti Komunis Malaya, agar Darurat ditamatkan sebelum Malaya merdeka. Tunku bercadang mengisytiharkan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957, sebab 8 ialah angka bertuah, 31 pun berkaitan dengan 8: 3+1=4, yang merupakan separuh daripada 8. Ketiga-tiga watak dalam novel berbual-bual, akhirnya mereka bersembang tentang isu yang dibualkan juga oleh orang-orang di pekan kira-kira setengah batu dari kampung. Setelah Haji Ali mendengar kata-kata Ah Heng, beliau memberitahu Ah Heng bahawa bagi orang Melayu, jika tidak dapat cari makan di Malaya, yang dapat mereka lakukan ialah berpindah dari pulau ke pulau, selain itu, tiada jalan lagi bagi mereka. Lainlah orang Cina, mereka telah untung besar di pekan, dan jika ada kebuntuan, boleh pulang ke Tong Shan!

“Haji, saya telah berhijrah ke Nanyang sejak kecil, sehingga kini sudah lebih dua dekad. Apa guna saya balik ke Tong Shan? Apa yang kami sekeluarga tidak pernah lakukan di sini? Buka lombong! Toreh gerah! Ayah saya meninggal dunia dan dikebumikan di sini. Kami telah lalui zaman Jepun, orang putih, bahkan bergelut dengan puak Bintang Tiga. Kami berpindah dari Singapura ke sini, tiada 20 tahun pun sudah 19 tahun! Jika kami tidak menganggap di sinilah tanah tumpah darah kami, kami nak ke mana lagi? Tak kan balik ke Tong shan? Anak-anak saya lahir di sini, mereka membesar dengan ubi kayu dan daun ubi keledek…. Ah Heng, betul engkau telah tinggal di negeri ini hanpir dua puluh tahun, bahkan menganggap inilah tanah tumpah darahmu, tapi adakah engkau telah memohon hak kerakyatan? … Bercakap tentang hak kerakyatan, terus saya naik berang. Julai lepas, apabila persekutuan julung-julung kali mengadakan pilihanraya, para pembesar yang berkempen berkata undilah kapal layar. Jika kapal layar menang, mereka akan memperjuangkan kemerdekaan, maka orang Malaya akan menjadi tauke, tak payah lagi mengikut telunjuk Mat Salleh dan digertak Bintang Tiga. Poster kapal layar tertampal di dinding kedai saya. Saya pergi mengundi di sekolah Melayu dalam pekan. Setelah setengah hari berbaris,  sampai giliran saya baru tahu bahawa nak mengundi kena ada kad pengenalan, tanpa hak kerakyatan manalah ada kad pengenalan! Nasib baik kurang undi saya, akhirnya Kapal Layar juga yang menang. … Tidakkah MCA jelaskan kepada engkau? … Setelah itu, saya pergi memohon hak kerakyatan dan dimaklumkan bahawa syaratnya ialah menghuni di Malaya genap 10 tahun. Saya hitung punya hitung, apabila sampai di Nanyang, saya tingal di Singapura 1 tahun, pindah ke sini 6 tahun, apabila Jepun datang, susah cari makan di sini, kami pindah lagi ke Singapura selama 5 tahun, berjual yong tauhu di sana. Namun keadaan di sana penuh dengan kekalutan, komunis dan kongsi gelap berleluasa, maka kami pindah semula ke sini selama lebih 7 tahun. Keseluruhannya telah lebih 20 tahun. Orang di pendaftaran berkata, hanya genap 7 tahun saya menghuni di Malaya. 6 tahun sebelum itu tidak dikira, di Singapura 6 tahun juga tidak dihitung, malah tiada bukti yang saya telah tinggal di Singapura 5-6 tahun. Kesimpulannya saya tidak layak memohon hak kerakyatan. Mujurnya, saya petah bertutur bahasa Melayu. Tidak seperti Ah Tan di pekan sana, dia telah berada di sini lebih 30 tahun, pergi menduduki ujian bahasa Melayu, ditunjukkan pusatnya dan disuruh ujarkan dalam bahasa Melayu, ditepuk kelumur rambut dan ditanya apa sebutan Melayunya? Jika kami tidak menganggap inilah tanah tumpah darah kami, ke mana lagi kami nak pergi? Ah Heng mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepala. Ketika ini, azan maghrib berkumandang, Haji Ali bangun dan menepuk-nepuk bahu Ah Heng sambil berujar, hari sudah lewat, kita bersembang pada hari lain.Hamid Abdullah pun bangun mengekori Haji Ali dan hilang di denai tanah kuning dalam kegelapan. Ah Heng memerhatikan langit yang semakin kelabu dengan sisa sinar senja, sambil mengemaskan cawan an piring kopi. Kedengaran suara gadis suntiknya memanggil dari jauh untuk makan malam, kerana sudah sejuk lauk pauk menunggu.

Sejak itu, dua orang saudara Melayu ini tidak lagi datang bersembang, atau mereka hanya datang menghirup kopi minum air kelapa dan makan kuih nyiur, tidak pernah isu kerakyatan diungkitkan. Masa berlalu, Ah Heng pun lupa akan perkara ini. Jika tidak media mengimbas kembali peristiwa zaman awal kemerdekaan ini, dia telah melupakan perkara mustahak ini sebersih-bersihnya.Jika kami tidak menganggap inilah tanah tumpah darah kami, ke mana kami nak pergi lagi? Ingatannya pudar ditelan usia. Perisitiwa 50 tahun lalu, masakan diingati? Pada tahun 2007, Ah Heng hampir mencecah usia 90 tahun, dia telah melupakan perkara mustahak setengah dekad lalu, tetapi sering kali ada pemuda Melayu yang menghunuskan keris menjerkah orang Cina balik ke Tong Shan. Tuntasnya, novel ini tak dapat disudahkan. Dia boleh lupakan, tetapi sebagai pengkarya, aku tidak dapat lupakan. Aku perlu terus menerokai cerita tahun 1957, bermula tahun kelahiranku pada 1956. 1957, sesungguhnya jauh di hati dekat di mata.

Pada 8 Mac 1956 atau lebih awal sedikit, penulis novel dari Hong Kong itu merangka cerita kemerdekaan Malaya di Bilik C, nombor 319, Jalan River Valley, Singapura. Dia memulakan novelnya dengan:

Mentari senja tergantung di puncak pepohon getah, awam merah menyinari pinggir langit.

Pak Ah Heng duduk memetik sempoa di kaunter kedainya, sambil mencatat sesuatu dengan berus Cinanya di buku kredit berbalit kain biru itu.

Setelah menulis 3 perenggan, penulis menulis lagi:

“Merdeka! Ah Heng.”laungan mesra dua orang Melayu dari denai di sebelah kanan sambil menuju ke arah Ah Heng.

Itulah latar novel aku. Yang ditulis oleh novelis ialah cerita 50 tahun kemudian, apabila aku membaca cerita kemerdekaan ini, yang bermain di benakku bukanlah novelis atau merdeka, tetapi bagaimana menulis sebuah cerita berkenaan angka yang telah dilupai. Cerita itu barangkali tiada kaitan dengan persoalan Ah Heng. Jauh sebelum pemuda Melayu menghunuskan keris menjerkah orang Cina pulang ke Tong Shan, atau rusuhan kaum 721 tahun 1946 di Singapura, atau tragedis 513 tahun 1969 di Kuala Lumpur, novelis penghijrah dari Hong Kong itu telah mengabdikan dirinya untuk melupai persoalan Ah Heng. Novelis kemudian sekali lagi berhijrah dari Singapura dan pulang ke Hong kong, dan akhirnya bermastautin di Kanada. Setelah sekian tahun, yang ingin aku nukilkan ialah novel berkaitan dengan angka 1957. Cerita tersebut disudahkan dengan: awam merah di pinggir langit menyinari pepohon getah, si tua Pak Ah Heng memegang pena mata bulat sambil memetik sempoa, di atas buku kredit berbalut kain biru itu tercatat: 2007195750……2020200713……202020075063……202020071957……

Epilog:

Penulisan semula novel 50 tahun lalu “Satu Persoalan Besar” oleh Fang Tian (dikumpulkan dalam Fang Tian, “Esakan di Lumpur tepi Sungai”, Singapura: Penerbit Jiao Feng, 1957)untuk meraikan Ulangtahun Kemerdekaan tanah tumpah darahku, Malaya yang Ke-50, sambil menyatakan penghormatan kepada Pelopor Neo-Realisme dalam Kesusasteraan Mahua ini.


| 張錦忠

 

沒有真正去生活的人,

是難以產生好的小說的。 —— 方天

 

第二天早上醒來,我繼續尋找一個1957的故事。

這篇小說是這樣開始的:二○○七年七月八日黃昏時分,天邊的雲霞照映得膠林一片火紅。近九十歲的老者亞興伯坐在馬來甘榜邊緣的再興記雜貨店櫃臺上,手裡拿著一支原子筆。他一面翻著那本攤開的藍布封皮賬簿,一面回想五十年前的事。他怎樣也想不起來,一九五六年三月八日那一天,他跟哈芝.阿里及哈密.阿都拉談起那條很大的代誌之後,兩人約定別日再來店裡聊天,究竟後來他倆有沒有再來,或是來了之後,只顧喫羔杯喝椰水配椰糕,而沒有續談原來的話題,他已忘得一乾二淨了。 —— 人吃老,沒記諦。五十年前的事,底安會記得?當然也可能不是他的記憶停滯而是這段長達五十年的時間裡什麼事情也沒有發生更不用說兩個馬來人到甘榜外一家唐人開的雜貨店喫羔杯喝椰水配椰糕談論那個大問題這種事。

--

或許真的是什麼事情也沒有發生,否則怎麼可能過了五十年天邊的雲霞還是照映得膠林一片火紅亞興伯依然坐在櫃臺上手裡拿著筆翻著那本藍布封皮賬簿在算舊賬?不同的,只是,五十年前,他一手握著粗毛筆,一手撥著算盤,在那本賬簿,記賬。五十年前的那一天,依據一位從香港南來的小說家某篇小說結尾的標示,那是一九五六年三月八日。

五十年前那天的場景是:天邊的雲霞照映得膠林一片火紅,亞興一手握著一支粗毛筆,一手撥著算盤,在一本藍布封皮賬簿記賬。這時,再興記右邊的甘榜小黃泥路走來兩個馬來人。老者哈芝.阿里身穿淺藍色紗籠配無領白衫,頭戴黑絨宋閣。年輕人哈密.阿都拉蓄八字鬍,上著花格紅襯衫,身圍棕色紗籠。—— 猛得革!亞興。 —— 猛得革!頭家。 —— 猛得革!哈芝。猛得革!哈密。

兩人在涼棚裡坐下。亞興的女兒亞鳳給他們端上兩杯羔杯烏。亞興在店前的老麻栗樹下搭一涼棚,棚裡擺了兩張木桌與幾張長凳,供人客喫羔杯飲椰花酒配糕餅。小店除了供應甘榜日常用品外,也兼賣咖啡與餐點。早上有位馬來婦女送來蕉葉飯、花生江魚仔飯寄賣,下午則送來炸香蕉。亞興尤其喜歡吃蕉葉飯。芭蕉葉裹著白飯搭配一塊甘文魚,淋上咖哩汁,夠辣。他記得小時候母親常買蕉葉飯當早餐,蕉葉一打開來,猶有餘溫的飯頓時飄出咖哩椰奶味及蕉葉幽香。

一九五六年三月,距離東姑鴨都拉曼搭乘「亞洲號」郵輪前往倫敦出席憲制會議,不過兩個月光景。再往前推一年,也就是一九五五年七月,馬來亞舉行大選,巫統、馬華公會、國大黨組成的聯盟獲勝,英國人打算將治理這個前殖民地的權力移交給這位曾經留英的吉打混血王子。也是在那年年底,聖誕節過後,東姑一伙人北上國北邊境華玲小鎮,跟馬來亞共產黨人會談,希望在國家獨立前結束緊急狀態。東姑已準備好要在一九五七年八月三十一日宣布馬來亞獨立,因為8是他的幸運數字,31也跟8相關:314,是8的一半。小說裡的三人談著談著,就談起離甘榜半哩外的坡上眾人議論紛紛的話題。老者哈芝.阿里聽了亞興的轉述後說道: —— 亞興,話說回來,我們馬來人,如果在這塊土地混不到飯吃,除了從一座島到另一座島,就沒地方可以去了。可是你們支那人呢,你看看坡上,你們有多少頭家在這裡賺錢,就算真的沒辦法了,還可以回唐山去啊。

—— 哈芝,我細漢時就跟老爸從唐山來南洋落番,到今天差不多也有二十年了,我要回唐山去幹什麼呢?開礦割膠,我們家人在這裡什麼沒做過?我老爸死在這裡,葬在這裡。我們經過日本手,和平後紅毛鬼回來,跟三星部隊火拚的時代。我們從新加坡搬來這裡,前前後後,沒有二十年也有十九年多了呢。如果我們不把這裡當作自己的國家,又能到哪兒去呢?回去唐山?我的孩子在這裡出生,吃木薯與番薯葉長大…… ——亞興,你在本邦住了十幾二十年,已經把這裡當作自己的國家,那你有沒有去登記申請公民權啊? —— 說起公民權,我的火氣就上來了。去年七月我們聯邦第一次選舉,大人物都來宣傳,要大家去投票給帆船,說帆船選贏了就能替我們爭取猛得革,讓我們馬來亞人民當家作主,不用被媽的撒列管,又不會受到三星的恐嚇。你看帆船的宣傳單還貼在我店裡的牆上呢。結果我就去坡上的馬來小學投票,排隊排了老半天,誰知道終於輪到我時才發現要有登記證才能投票,要有公民權才能登記投票,才會有登記證。還好少了我一票,帆船後來還是勝選。—— 馬華公會的人沒有跟你講清楚說明白嗎? —— 後來我去申請公民權,登記處的人說要在馬來亞住滿十年才有資格申請。我算一算,當年落番來到南洋,在星洲住了一年,搬來這裡住了六年,日本手後期這裡歹賺吃,我們又回到新加坡住了五年,我幫親戚賣釀豆腐,可是那邊太亂,共產黨、私會黨徒猖狂,所以後來我又搬回來這裡,算起來也有七年多了,總共加起來都快要二十年了。登記處的人卻說,你在聯邦只能算住滿七年,之前六年不算,在新加坡的六年也不算,而且你也沒法證明你在新加坡住過五、六年。所以我就沒有辦法申請公民權了。我還好,會講馬來由,坡上的老陳在這裡住了三十年,去考馬來文,考官指著肚臍眼,問他馬來由怎麼講「肚臍眼」,拍拍頭皮屑,問他馬來由怎麼講「頭皮屑」。如果我們不把這裡當作自己的國家,又能到哪兒去呢…… 亞興說罷搖搖頭嘆了口氣。這時,甘榜裡的回教堂傳來悠長肅穆的晚禱聲,在習習晚風中迴盪。老者哈芝.阿里站起身來,拍拍亞興的肩膀,說天快黑了改

天再來細聊。哈密.阿都拉也站起身,向亞興道別,跟在他後面,兩人向暮色中的小黃泥路走去。亞興一邊望著蒼灰天空稀稀疏疏的晚霞,一邊慢條斯理地收拾咖啡杯碟。女兒清脆的聲音在店裡呼喊: —— 阿爸,快快來吃飯啦,飯菜都冷了!

後來,後來兩位馬來同胞有沒有再來聊天,或是來了之後,只顧喫羔杯喝椰水配椰糕,沒有再提起亞興的公民權問題,事隔多年,亞興伯已完全記不起來了。如果不是近日報紙頻頻回顧五十年前的獨立時代,他早已將這個大問題忘得一乾二淨了。 —— 如果我們不把這裡當作自己的國家,又能到哪兒去呢? —— 人吃老,沒記諦。五十年前的事,底安會記得?到了二○○七年七月老者亞興伯快要九十歲了,他已將這個五十年前的大問題忘得一乾二淨,雖然五十年後,時不時還有年輕的馬來鬥士舞起克利斯高喊支那人回唐山。這意味著小說無法繼續或收尾。他可以遺忘,可是身為作者,我不能忘記,我得繼續尋找1957的故事,從一九五六年,我出生那年,找起。對我而言,1957太遠又太近。

一九五六年三月八日那天或更早,那位從香港南來的小說家在新加坡里峇峇利River Valley Road 319 C 房裡構思一個馬來亞的猛得革故事。他的小說是這樣開始的:

「夕陽斜掛在膠林尖上,天邊一片火紅的雲霞。

亞興伯坐在櫃臺上撥著算盤子,一面用支粗毛筆沾著墨汁,在一本藍布封皮的賬簿上記賬。」

寫了三段之後,小說家繼續寫道:

「『猛得革!亞興。』小路的右邊走來兩位馬來族人向亞興伯親熱地吆喝著。」

那是我在寫的小說場景啊。小說家書寫五十年後,我閱讀這篇猛得革故事時,想起的不是小說家或猛得革,而是如何書寫一個和數字有關的遺忘的故事。然而,我所構思的故事無關亞興的大哉問。早在年輕的馬來鬥士舞起克利斯高喊支那人回唐山,遠在一九六四年新加坡721種族暴動,或一九六九年吉隆坡513慘案之前,香港南來小說家已用自己的身體回答了亞興早就遺忘的問題。小說家後來再度離散,從新加坡返港後移居加拿大。許多年後,我所敘述的只是一篇和1957這個數字有關的小說,故事是這樣結束的:天邊的雲霞照映得膠林一片火紅,老者亞興伯一手握著一支原子筆,一手撥著算盤,在一本藍布封皮賬簿計算︰2007195750……2020200713……202020075063……202020071957……

後記: 重寫已故前輩作家方天五十年前小說〈一個大問題〉(收於氏著《爛泥河的嗚咽》 [ 新加坡︰蕉風出版社,一九五七年 ] )以為我生於斯長於斯的原鄉馬來亞脫殖獨立建國五十週年慶,兼向這位馬華文學的新寫實主義先鋒致敬

Comments

Popular posts from this blog

阅读《砂拉越简史》,看看现今的历史课本/教育

唪呀唪、唪金公:上不了戏棚的潮州歌谣

鲁巴河流域的慈悲娘娘崇拜与其社会