Esok genaplah 55 tahun peristiwa 13 Mei yang sering dijadikan modal oleh para politikus rasis negara ini, walaupun semakin kurang rakyat jelata generasi muda yang mengetahui dan memahami hujung pangkal insiden politik yang telah membantutkan perkembangan negara ini. Serentak itu, RUKUN NEGARA yang lahir ekoran peristiwa ini yang sepatutnya mendasari hala tuju negara ini turut diketepikan, berbanding dengan gagasan Wawasan 2020 Islam Hadari, 1Malaysia, mahupun Masyarakat Madani. Berbeza dengan gagasan-gagasan ilham PM semasa, Rukun Negara merupakan satu hala tuju kolektif oleh tokoh pelbagai sektor dalam Majlis Perundingan Negara pada masa itu. Keanggotaan jawatan kuasa pembentukan Rukun Negara lebih pelbagai, inklusif dan melalui proses perbincangan yang lebih bersifat ilmiah. Kalau Indonesia masih tekal dengan Pancasusilanya, mengapa kita sibuk mengetengahkan gagasan baharu setiap kali berubah PM? Saya berpendapat Rukun Negara tidak harus dilupai dan perlu terus didokong bersama kera