Mana Melayunya?
Baru-baru ini saya menghadiri satu persidangan peringkat kebangsaan melibatkan para pegawai tinggi pendidikan seluruh negara di Kuching.Tatkala menunggu ketibaan tetamu kehormat hadir ke Majlis Perasmian. Ramai peserta sibuk bergambar dengan para penari yang memperagakan pakaian tradisional pelbagai ethik tempatan. Tiba-tiba muncul kenyataan ini dalam whatapps kumpulan ini berbunyi: " ramai rakan ... hilang songkok ketika bergambar."
Ketika majlis, saya duduk di barisan pertama sambil menyaksikan persembahan menyambut tetamu, kedengaran seorang lagi peserta berbisik, "mana Melayunya".Kenyataan dan perbualan dalam Majlis profesional ini amat merunsingkan saya, khususnya dalam masa kita sedang mengejar keinklusifan dan kepelbagaian.
Comments
Post a Comment