Biasiswa JPA vs Bilangan Mata Pelajaran SPM
Tindakan kerajaan mengehadkan bilangan mata pelajaran yang boleh diduduki oleh calon SPM kepada 10 mulai 2010 dilihat sebagai tindakan undur ke belakang. Tindakan ini merupakan langkah yang dilakukan untuk menyelesaikan kemelut biasiswa JPA.Nampaknya pihak berkenaan telah mengenakan ubat yang salah kepada penyakit.
Tindakan ini juga dilihat sebagai kejahilan orang politik, bahkan orang Kementerian sendiri dengan konsep dan semangat Sijil Terbuka SPM yang diperkenalkan mulai tahun 2000. Pensijilan terbuka yang memberi peluang kepada para calon SPM memilih mata pelajaran yang hendak didudukinya adalah satu langkah yang futuris kerana suasana academia dan permintaan pasaran pekerjaan kini memerlukan insan yang mempunyai idea dan pandangan yang multidiscipline dan insan yang multiskill.
Sebenarnya, yang mengeruhkan keadaan ialah rebutan lebih kurang 10% calon yang mengambil banyak mata pelajaran semata-mata untuk mengumpulkan lebih banyak A. Pada saya ini juga bukan salah para calon, yang harus disalahkan ialah orang-orang dewasa yang telah memperagakan kejayaan calon memperoleh banyak A pada peringkat awal persijilan terbuka SPM dilaksanakan.
Saya berpendapat perubahan sebarang dasar, sistem atau prosedur dalam bidang pendidikan tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa. Kita patut menyorot kewajaran kewujudan sistem tersebut dari sudut masa lampau dan masa depan. Saya cukup sedih dengan cara kita menyelesaikan isu biasiswa JPA dengan mengehadkan bilangan mata pelajaran yang boleh diambil oleh para calon SPM mulai tahun 2010.

Comments
Post a Comment