成邦江中华公学家教会第二届第二次会员大会主席演词(13-4-2019)


Penghargaan setinggi gunung kita panjatkan kepada tetamu kehormatnya pada pagi ini, YB Datuk Francis Harden. Beliau merupakan orang yang tidak pernah menghampakan kita selama ini, dijemput pasti hadir, dipinta pasti dipenuhi.

Terlaksananya Mesyuarat Tahunan PIBG dan Program Permuafakatan Ibu Bapa ini, bermakna PIBG SJKC Chung Hua Simanggang telah melangkah ke usia 3 tahun. Dalam tempoh tersebut, kami cuba sedaya upaya berfungsi sebagai penyokong setia kepada sistem sekolah kita dalam pelbagai aspek. Laporan Setiausaha dan Penyata Kewangan AGM tadi telah memperincikannya, dan itulah yang akan diteruskan oleh PIBG sehingga tamat penggal ini pada hujung tahun ini.

Pencapaian yang jelas ialah ibu bapa telah berpeluang bertemu lebih kerap dengan pihak sekolah secara rasmi. Kami percaya pertemuan secara bersemuka tersebut akan memberi makna besar terhadap kemenjadian anak-anaknya dan ia sebenarnya amat dituntut oleh sistem pendidikan kita. Hasilnya, program seperti 2G diwujudkan untuk menangani LINUS, kelas showcase abad 21 juga telah wujud. Kita berterima kasih kepada LPS yang telah mewujudkan e-bilik darjahnya yang telah dilancarkan pada tahun 2017 oleh YB sendiri, namun kelas-kelas tersebut masih stand-alone, belum connected, PIBG bercadang untuk merangkaikannya, selaras dengan pemilihan sekolah ini menyertai program TS25. Ini merupakan cabaran kepada kita dan amat memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakannya.

Sehubungan itu, PIBG percaya ibu bapa juga perlu dirangkaikan untuk memberi sumbangan yang lebih signifikan terhadap kemenjadian anak-anak. JK PIBG sedang mengenalpasti ibu bapa tertentu untuk menerajui KSIB supaya PIBK diperhebatkan di sekolah ini. Antara KSIB yang akan ditubuhkan ialah biro kokurikulum dan sukan, akademik, sahsiah dan keselamatan. Saya menyeru hadirin sekalian tampil menawarkan diri untuk memberi sumbangan dengan mengemukakan nama dan bidangnya kepada guru kelas anak-anak tuan/puan semasa permuafakatan nanti. Hakikatnya, ibu bapa di sekolah ini telah mendahului fungsi KSIB, contohnya, setelah ke sekian lama sekolah ini tidak meyertai permainan bola keranjang, sekali pihak sekolah membuat keputusan untuk menyertai pertandingan, terus ada bapa yang juga peminat sukan ini menggembleng sumber untuk menjayakannya. Terima kasih diucapkan. Kita berharap amalan ini dikembangkan kepada bidang lain.

Pada hari ini, kita juga akan melancarkan Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu melalui pengumpulan tandatangan, saya berharap kita semua sama-sama menyatakan penghargaan kita seikhlas hati. Dalam kesempatan ini, kita mengucapkan tahniah kepada sekolah, kerana tergolong dalam kohort  4, sekolah program TS25, yang juga akan dilancarkan. Kami, ibu bapa sedia untuk menjadi penyokong setia terhadap program tersebut.

Akhirnya, saya menyeru para ibu bapa untuk terus membantu meningkatkan imej dan nama baik sekolah kita demi kemenjadian anak-anak kita, jika terdapat perkara yang menyulitkan, bersemukalah, berundinglah dengan pihak sekolah seperti seisi keluarga.

大会的会务与财政报告显示,家教会这三年来为学校忠心支持者的角色,我们会继续以这定位支援学校各方面。家教会的存在让家长有更多的机会正式与校方“会面”,我们相信沟通是成就孩子学习的重要条件。在这大前提下,我们实践了2G计划、21世纪种子课堂等。趁此,我们要感谢校董会在2017年开启电子课室,唯这电子课室还未“链接”,所以家教会计划发动集资来成就课室的链接,配合本校受选为2025年国家学校转型计划的第4批先锋学校。我希望这计划能得到广大的支持。

除硬体上的链接,我们更须要人脉与其他资源的链接,使家长在成就孩子的学习上有更明显的贡献。故此,家教会正物色个别家长参与“家长支援团”,在课外活动、运动、学术、品性及安全等领域扶持学校。我建议来宾们待会儿在会见个别班级老师时,自告奋勇,向老师们自我推荐您可协助的领域,壮大我们的家长支援团队伍。其实,我们的家长长久以来已经义不容辞的支援学校的各种计划,例如几年学校的篮球队就在家长的发动下,得到充足的资源远征州赛!我感谢大家的用心,并祈望大家继续在所好的领域给予支援。

今早,我们也推介配合教师节所号召的签名谢师恩群众运动及2025年国家学校转型计划第4批先峰学校计划。我们相信即使签名时那刹那的感恩之心将是一股巨大的正能量,其效应可是无穷的!佛家有道:刹那即永恒!

最后,我肯定家长为了孩子的成就,努力装备自己协助学校成就各项计划。我也希望家长们努力维护本校良好校风,如有困难,请大家记住“会面、商讨”这四个字。谢谢大家,谢谢主宾。

13-4-2019



Comments

Popular posts from this blog

唪呀唪、唪金公:上不了戏棚的潮州歌谣

阅读《砂拉越简史》,看看现今的历史课本/教育

鲁巴河流域客家人的迁移与生活