Mantan Pengetua Smk Melugu , ahli Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna dan Timbalan Menteri Pengangkutan, cikgu Jelaing anak Mersat telah meninggal dunia. Salam takziah untuk keluarga mendiang. Beliau memandang asrama amat membantu anak-anak luar Bandar untuk mendapatkan pendidikan, bahkan membantu ibu bapa masyarakat luar Bandar "membesarkan" anak-anak mereka. Oleh itu, beliau amat mementingkan mutu makanan penghuni asrama, sering menolak bahan makanan tidak bermutu yang dibekalkan oleh pembekal. Saya masih ingat juga, sebelum beliau menceburi bidang politik, hampir setiap hari Jumaat, ahli parlimen Saratok pada masa itu, Datuk Peter Tinggom datang ke SMK Melugu untuk melamar Cikgu Jelaing menjadi penggantinya.