学校课外活动和运动津贴课题
Isu:
Menggesa
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengkaji semula Kadar bantuan Kokurikulum dan bantuan Sukan sekolah yang diperuntukkan ke semua Sekolah Kerajaan
(SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) berdasarkan enrolmen murid yang
bersekolah.
Latar Belakang Isu:
Pada masa
ini, peruntukan adalah berasaskan Jadual berikiut:


Contoh Perkiraan 1:
Sekolah
rendah A yang mempunyai enrolmen 1000 orang murid, maka peruntukan yang diberi
ialah:
(a)
Bantuan
kokurikulum: (RM 8 + RM 3) x 1000 = RM 11,000
(b)
Bantuan
sukan sekolah: (RM 4 + RM 6 + RM 2) x 1000 = RM 12,000
Jumlah: RM 23,000
Contoh Perkiraan 2:
Sekolah
rendah B yang mempunyai enrolmen 100 orang murid, maka peruntukan yang diberi
ialah:
(a)
Bantuan
Kokurikulum: RM 800 + RM 3 x 100 = RM 1100
(b)
Bantuan
sukan sekolah : RM 400 + RM 8 x100 = RM1200
Jumlah: RM 2300
Contoh
Perbelanjaan sebuah sekolah dari Sri Aman menghantar pasukan rekoder dan
essemble terdiri daripada 15 orang murid dan 2 orang guru ke Pertandingan
peringkat Negeri di Kuching (194 km
sehala) selama 3 hari:
(a)
Sewaan
pengangkutan pergi balik= RM 2000
(b)
Sewaan
hotel (7 buah bilik untuk 2 malam): RM 150 x 7 x 2 = RM 2100
(c)
Makan
minum (RM 30 x 17 x 3)=RM 1530
Jumlah: RM 6630
Impak:
Sekolah rendah B langsung tidak mampu menghantar kontinjen ke pertandingan peringkat
negeri walaupun ia menang di peringkat daerah/ bahagian, maka sekolah rendah A
terpaksa membelanjakan lebih kurang 1/3 peruntukan bantuan kokurikulum dan
bantuan sukan sekolah untuk satu pertandingan di peringkat negeri sahaja.
*Perkiraan
ini adalah untuk perjalanan Sri Aman-Kuching, apa yang akan berlaku jika
pertandingan peringkat negeri ini diadakan di Limbang atau Lawas?
Rumusan
Peruntukan
bantuan kokurikulum dan sukan sekolah ini harus dikaji semula, bukan sahaja per
enrolmen murid, tetapi mengambilkira penyertaan dalam peringkat negeri,
kebangsaan dan antarabangsa, serta lokaliti serta kemudahan pengangkutan di
sesebuah daerah.
Jika tidak,
kebanyakan sekolah akan berpuas hati dengan mendapat tempat kedua di peringkat
daerah/ bahagian, agar tidak perlu mewakili daerah/ bahagian ke peringkat lebih
tinggi yang memerlukan pihak sekolah berhempas pulas mencari dana.
Comments
Post a Comment