Cadangan Menubuhkan SBP atau KV di Daearah Pantu
Melihat realiti enrolmen murid di SMK Melugu
dan SMK Balai Ringin serta sekolah-sekolah rendah feeder di kawasan sekitar
Pantu. Sebuah sekolah menengah tidak senang untuk diwujudkan, maka saya
mencadangkan YB mencadangkan sebuah Kolej Vokasional atau sebuah sekolah menengah berasrama penuh di
Daerah Pantu, memandangkan pada masa ini hanya ada KV di Kuching dan Betong,
sementara itu, tiada SBP di kawasan kita kecuali MRSM di Betong yang ditadbir
oleh pihak MARA.
Dengan perubahan demografi, khususnya jalan
raya KV atau SBP di Pantu dapat menampung para murid dari Daerah Simunjan, Sri
Aman, Pantu dan Lingga.
Nota
1:
KV menawarkan dua (2) peringkat pengajian
iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
Murid lepasan Tingkatan Tiga daripada sekolah menengah harian yang berminat dan
cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di
peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di
peringkat DVM.
KV menggunakan Kurikulum Standard Kolej
Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding
teori. Kini, terdapat 87 buah KV menawarkan pengajian dalam pelbagai program
vokasional di peringkat SVM dan DVM.
Pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan
(LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan
dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3.
Pada
masa ini, hanya ada 6 buah (Kuching, Matang, Betong, Sibu, Bintulu, Miri) KV di
Sarawak.
Intake:
Form 3 leavers.
Nota
2:
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
adalah sekolah yang menawarkan pendidikan berasrama penuh, yang menekankan
pembelajaran terancang dan berkualiti tinggi. SBP menyediakan suasana
pembelajaran yang sistematik dan berdisiplin, dengan kurikulum bersepadu dan
fokus pada pencapaian akademik cemerlang, serta aktiviti kokurikulum dan
pembangunan sahsiah. Terdapat 72 buah SBP di Malaysia, termasuk SBP
Premier, Sekolah Menengah Sains (SMS), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
(SBPI), dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP).
Berikut adalah
beberapa maklumat lanjut mengenai SBP:
·
Ciri-ciri
SBP:
·
Suasana
pembelajaran yang terancang dan berkualiti.
·
Kurikulum
bersepadu dan fokus pada pencapaian akademik cemerlang.
·
Fasiliti
lengkap dan kondusif.
·
Aktiviti
kokurikulum dan program pembangunan sahsiah yang kaya.
·
Membangunkan
potensi pelajar secara menyeluruh.
Pada masa ini, hanya ada 3
SBP (Sekolah Menengah Sains Kuching, Sekolah Menengah Sains Kuching Utara,
Sekolah Menengah Sains Miri) di Sarawak.
Intake:
ujian sekolah khusus bagi murid Tahun 6. Masuk Tingkatan 4.
Comments
Post a Comment